Thursday 17 May 2012

aku tadi tengok satu video yang kawan aku post kat FB..tersentuh sangat hati aku..tersentuhnya hati aku bukan kerana hamba Allah dalam video itu lahiriahnya tak sempurna tapi kerana betapa kuatnya semangat hamba Allah itu menunaikan suruhan Allah walaupun keadaan dirinya tidak sempurna sedangkan aku yang sempurna ini pun selalu sahaja kelalaian dalam menunaikan ibadahku dan mengambil sikap sambil lewa dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada aku..tidak dijaga dengan baik aku membiarkan tangan yang Allah kurniakan ni buat benda yang bukan-bukan..sedih rasanya walau pun lahiriahnya aku sempurna tapi aku cacat kalau dibandingkan dengan lelaki dalam video tu,dia melakukan segala kerja macam biasa.relax je...sedih sangat..hati aku remuk kerana kegagalan aku menjadikan diri aku manusia yg mencintai Allah dan Nabi Muhammad dengan tulus...

P/S :Allah ampunkan la dosa-dosa aku yang tak terhintung banyaknya ini Ya Allah...:'(

kuasa cinta VS manderam

Cinta...
ada apa dengan Cinta?...

-waras ker orang yg taksub pada cinta,buta ke hati orang yg terlalu mengilai cinta atau sudah kena 'manderam' sebab tu jadi 'ROBOT' cinta?..

-mengikut sahaja tanpa ada perasaan membantah,marah tapi tak mampu melempiaskan,kecewa dan terluka tapi tidak mampu pergi jauh atau melupakan cinta itu..

-CINTA ke bila kita TErgamak menyakitkan pasangan kita berkali-kali?

Apa itu Cinta jika menuruti nafsu semata-mata..
Apa itu Cinta jika tolol mengunakan akal fikiran..
Apa itu Cinta jika menjadi hamba abdi..
Apa itu Cinta kalau diri sendiri tidak disayangi..
Apa itu Cinta jika menurut tanpa menbantah sesuatu yg menyakitkan..

Cinta itu PASTI bahagia kalau kita mencintai yang ESA..itu pasti lebih bahagia kerana
Cinta itu akan membawa kita kepada ERTI SINAR CINTA antara manusia..